Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am a type of person who will choose eating before sleeping.

Monday, 7 December 2009

Pengenalan

Share & Comment
CHALET DERUAN OMBAK ,
Jalan Persisiran Pantai ,Kampung Padang Kemunting,
78300 .MASJID TANAH. MELAKA.
TEL : 06-3847628 ,H/P ; 013-3885715
Pengurus: Mawar Seroja 



Deruan Ombak Chalet adalah sebuah tempat penginapan di Pengkalan Balak, Melaka yang beralamat di: Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Chalet ini adalah antara chalet di Pengkalan Balak yang menarik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.

Kedudukan Chalet ini yang begitu dekat dengan pantai pastinya membuatkan anda berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.

Deruan Ombak Chalet juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti kafe untuk memasak, pusat karaoke, padang bola tampar, padang bola sepak serta tempat BBQ.


Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Serta menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Kami juga menjanjikan kemudahan di dalam bilik penginapan yang selesa sesuai dengan keperluan setiap pelanggan kami yang inginkan percutian yang selesa dan tenang. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami.

Tags:

Written by

Semua info di dalam blog ini adalah bergantung pada masa ianya ditulis. Segala penambahan dan penukaran maklumat akan di beritahu pada kemaskini akan datang.

0 comments :

Post a Comment

 

medium

Recent Posts

Why to Choose C.D.O?

Copyright © temp | Designed by Templateism.com